Saturday, February 28, 2009

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)


Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Induk di Bahagian Pendidikan Khas dan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Negeri; Terengganu, Melaka, Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah.
1.0 PENGENALAN
Penubuhan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK), merupakan satu usaha Jabatan Pendidikan Khas,Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendekatkan lagi kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemudahan-kemudahan yang akan dapat membantu mereka ke arah kualiti hidup yang lebih baik.
Bagi memenuhi keperluan murid-murid pendidikan khas dari pelbagai kategori masalah, 3PK perlu memainkan peranannya dengan baik sebagai pusat penyebaran maklumat pendidikan khas dankhidmat kepakaran, pusat bimbingan dan kaunseling serta sebagai pusat perantaraan bagi individu berkeperluan khas dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Pada peringkat awal,sebanyak enam buah 3PK telah diwujudkan di sekolah-sekolah pendidikan khas, dan jumlah ini kini meningkat kepada sembilan buah. Melalui penubuhan tersebut, diharapkan penyebaran maklumat berkaitan dengan pendidikan serta memberi pelbagai jenis perkhidmatan dan rujukan akan terlaksana. Namun begitu, Jabatan masih lagi menghadapi masalah kekurangan personel untuk ditempatkan di 3PK. Usaha telah dijalankan di mana guru-guru dikenalpasti dan dihantar untuk menjalani latihan berkaitan dengan 3PK dan sehingga kekosongan ini diatasi, pegawai-pegawai di 3PK perlu memainkan peranan mereka dengan mewujudkan kolaborasi di antara hospital-hospital terdekat.
Pembinaan Pusat Perkhidmatan Khas di JPK, dimulakan pada tahun 2005 untuk dijadikan ‘bench mark’ kepada Pusat Khidmat di negeri lain. Memandangkan perancangannya tidak dimasukkan di dalam RM ke-9, maka usaha telah dilakukan untuk mendapatkan peruntukkan kewangan bagi pembinaan 3PK di Jabatan. Pada 2006 dengan kerjasama pihak YayasanTenaga Nasional (YTN), peruntukkan sebanyak RM250,000.00 telah diperolehi dan seterusnya pembinaan 3PK di Jabatan siap dibina dan bakal dirasmikan oleh Yg.Bhg Menteri Pelajaran Malaysia pada 4 Oktober 2007. Di samping memberi khidmat kepada warga kementerian seterusnya kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Seremban, 3PK JPKhas akan dijadikan 3PK induk.
2.0 OBJEKTIF 3PK
a) Menawarkan perkhidmatan pakar (Audiologis,Patologis Pertuturan Bahasa, Psikologis, Jurupulih Anggota, Jurupulih Carakerja, Peripatetik, Orientasi Mobiliti dan Low Vision) secara percuma kepada semua kategori murid-muridberkeperluan khas.
b) Menyediakan khidmat pembuatan acuan telinga secara percuma.c) Menyediakan khidmat baik pulih Alat Bantu Pendengaran dan ‘brailler’ kepada murid-murid dengan keperluan khas. d) Menjalankan Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak di bawah umur persekolahan.e) Menawarkan khidmat bantu dan nasihat berkenaan pendidikan khas, kebajikan sosial, serta prospek pendidikan dan kerjaya individu berkeperluan khas.f) Menawarkan latihan khusus kepada paraibu bapa, guru pendidikan khas, serta orang ramai yang berminat.g) Menyediakan bahan-bahan maklumat berkaitan pendidikan khas untuk disebarkan kepada masyarakat.
3.0 SASARAN 3PK
a) Murid dengan keperluan khas dalam semua kategorib) Calon murid program pendidikan khas yang berada di bawah umur persekolahanc) Ibu bapa dan penjaga murid berkeperluan khasd) Guru-guru PendidikanKhase) Masyarakat setempat
Alamat :Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan KhasKementerian Pelajaran MalaysiaAras 1, Blok E2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya62404 Putrajaya

Friday, February 20, 2009

kanak-kanak hydrocephelus


Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, itulah ungkapan bagi menggambarkan penderitaan seorang bayi lelaki Aldy Timbun, tujuh bulan yang menderita akibat pembesaran kepala secara tidak normal atau Hydrocephalus.


Sehubungan itu, ibu bapa kepada bayi berkenaan, Timbun Tambakau, 46 dan ibunya Buhu Tongkisus, 33, dari Kampung Losou Takulug, Kota Belud berharap ada pihak tampil membantu menghulurkan sumbangan untuk meringankan bebanan perbelanjaan keluarga itu.
Bapa bayi itu berkata, penyakit anaknya dikesan sebelum dilahirkan tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Berat badan Aldy kini lebih kurang 10 kg.


Katanya lagi, sebelum ini dia dan isterinya menghantar anak bongsu mereka untuk mendapatkan rawatan biasa di Hospital Kota Belud dan doktor di hospital itu mengesahkan anak mereka perlu menjalani pembedahan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.
“Anak saya perlu dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth untuk pemeriksaan lanjut sebelum menjalani pembedahan, tetapi kami tidak dapat menghantarnya kerana tiada wang untuk membiayai kos perbelanjaan yang tinggi,” katanya ketika ditemui pemberita di HQE, di sini, kelmarin.


Katanya lagi, dia tidak berkemampuan kerana dia hanyalah seorang petani dan tidak mempunyai pendapatan tetap terpaksa menanggung isteri dan lapan anaknya yang lain.
“Saya berharap anak saya akan cepat sembuh,” katanya yang mempunyai dua anak perempuan dan tujuh anak lelaki.


Akibat daripada masalah kewangan usaha mendapatkan rawatan lanjut, tidak dapat diteruskan sehinggalah pada 28 Jan lalu, pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di Mukim Losou Kota Belud, ibu bapa membawa bayi mereka menghadiri majlis itu.


Pegawai Perhubungan Parlimen Kota Belud, Idris Nanti menjelaskan, Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang bertemu dengan kedua ibu bapa bayi itu pada majlis berkenaan bersimpati dengan penyakit yang dihadapi oleh bayi dan masalah keluarga itu.
“Atas keprihatinan Datuk (Abdul Rahman), dia mengambil tindakan segara dengan mengurus segala perkara yang perlu dan menghantar anak itu ke sini (HQE) untuk menjalani pembedahan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Konsultant Neurosurgeon HQE, Dr. Pulivendhan Sellamuthu berkata, penyakit itu dikenali sebagai penyakit Hydrocephalus dan akan dirawat menggunakan Ventricular Peritoned Shunt.


“Kes seumpama ini adalah yang tertinggi di Sabah dan seluruh Malaysia kerana kurangnya kesedaran dan pengetahuan daripada ibu bapa. Selain itu ia juga disebabkan oleh masalah kemiskinan dan lambat jumpa doktor,” katanya.


Katanya, pesakit akan dirawat menggunakan VP Shunt atau Ventricular peritoned Shunt, iaitu mengalirkan cairan otak yang dikenali serebro spinal atau CSS dari kepala ke perut.
Pembedahan yang dilakukan itu bukan untuk mengecilkan kepala tetapi ia hanya mencegah kepala bayi itu daripada terus membesar. Walaupun rawatan itu berjaya, namun kemungkinan besar pemikiran bayi itu nanti tidak akan normal seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Thursday, February 19, 2009

seorang guru pendidikan khas


baru-baru ni...saya adala contact member yang juga seorang guru pendidikan khas di seremban 2. ketika itu beliau sedang mengajar.. begitu seronok mendengar cerita beliau tentang murid-muridnya. beliau sering tertawa ceria apabila bercerita ttg kanak-kanak ini. sikap beliau yang positif membuatkan saya makin tertarik untuk mendengar setiap bicara beliau.


beliau ada bercerita seorang muridnyer yang hydrocephelus..wbgnpun anak muridnye itu telah membuat pembedahan dan tiada sebarang komplikasi..bahkan beliau memuji anak murid nyer itu yang bijak.


tidak pernah sekalipun saya mendengar keluh kesah beliau mendidik kanak-kanak istimewa ini.. lihat lah betapa positif nyer beliau.. yang ketika mula mengajar di sek. terbabit dengan hanya 13 murid berkeperluan khas dan kini telah mencecah seramai 22 org. pada saya beliau memang seorang pendidik yang benar-benar ingin mendidik. tahniah untuk beliau..


bersama ini saya sertakan gambar kanak-kanak istimewa yang di ajar oleh beliau..ceria dan seronok sekali. :)