Wednesday, March 4, 2009

PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN RAJA CHULAN

Salam kasih sayang buat semua yang sudi membuka blog ini... Alhamdulillah saya telah menjalani PBS di sekolah ini genap hari ke-3. Pada hari pertama saya dan rakan bakal pendidik, saudari fatihayah menjejakan kaki di sekolah ini kami telah disambut dengan baik sekali oleh PK pentadbian iaitu Pn Arifah. Kami telah di beri sedikit taklimat berkenaan sekolah dan juga nasihat dalam menjadi seorang pendidik terutama sebagai pendidik kanak-kanak berkeperluan khas ini. perkataan SABAR dan Keikhlasan amat di titik berat kan oleh beliau. begitulah hendaknya yang ada dalam diri kami.

Setelah itu, tidak sabar rasanya berjumpa dengan kanak-kanak pendidikan khas, dalam fikiran bagaimanakah penerimaan mereka, apa kah sikap dan tingkah laku murid-murid ini dan berbagai-bagai lagi persoalan di minda kami. gemuruh pun ada juga, kerana ini merupakan kali pertama melihat realiti menjadi pendidik bagi murid berkeperluan khas. syukur alhamdulillah kami dapat membiasakan diri. keramahan guru-guru di sekolah ini membuatkan kami mudah berkomunikasi sama ada gurunya mahupun murid-muridnya.

Untuk makluman seramai 28 orang muri berkeperluan khas dengan pelbagai masalah seperti, masalah pembelajaran, slow learner, terencat akal, autisme, ADHD dan down sindrom di tempatkan di sekolah ini. kelas pendidikan khas di Sekolah Raja Chulan ini dibuka pada tahun yang lalu, dan mempunyai seramai 6 orang guru dan 2 PPM. Meskipun masih baru dibuka, guru-guru di sini begitu komited dalam menyediakan kemudahan BBM dan keceriaan kelas-kelas pendidikan khas.

Kami amat beruntung kebetulan menjalani PBS semasa aktiviti minggu sukan sekolah dilangsungkan. bersama ini saya turut sertakan gambar murid-murid bekerperluan khas sewaktu raptai sukan di jalankan..lain kali saya akan masukkan juga video.. seronok melihat gelagat mereka.. saya dan rakan dah mesra dengan mereka ini.. yang paling terharu setiap kali sebelum pulang mereka akan salam kami dan mengucakan 'terima kasih cikgu'.. mereka juga ingat nama saya.. CIKGU ZAI. 'berbunga aje hati ni':)

No comments:

Post a Comment