Saturday, February 28, 2009

Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)


Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK) Induk di Bahagian Pendidikan Khas dan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Negeri; Terengganu, Melaka, Kelantan, Perak, Selangor dan Kedah.
1.0 PENGENALAN
Penubuhan Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK), merupakan satu usaha Jabatan Pendidikan Khas,Kementerian Pendidikan Malaysia bagi mendekatkan lagi kanak-kanak berkeperluan khas dengan kemudahan-kemudahan yang akan dapat membantu mereka ke arah kualiti hidup yang lebih baik.
Bagi memenuhi keperluan murid-murid pendidikan khas dari pelbagai kategori masalah, 3PK perlu memainkan peranannya dengan baik sebagai pusat penyebaran maklumat pendidikan khas dankhidmat kepakaran, pusat bimbingan dan kaunseling serta sebagai pusat perantaraan bagi individu berkeperluan khas dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
Pada peringkat awal,sebanyak enam buah 3PK telah diwujudkan di sekolah-sekolah pendidikan khas, dan jumlah ini kini meningkat kepada sembilan buah. Melalui penubuhan tersebut, diharapkan penyebaran maklumat berkaitan dengan pendidikan serta memberi pelbagai jenis perkhidmatan dan rujukan akan terlaksana. Namun begitu, Jabatan masih lagi menghadapi masalah kekurangan personel untuk ditempatkan di 3PK. Usaha telah dijalankan di mana guru-guru dikenalpasti dan dihantar untuk menjalani latihan berkaitan dengan 3PK dan sehingga kekosongan ini diatasi, pegawai-pegawai di 3PK perlu memainkan peranan mereka dengan mewujudkan kolaborasi di antara hospital-hospital terdekat.
Pembinaan Pusat Perkhidmatan Khas di JPK, dimulakan pada tahun 2005 untuk dijadikan ‘bench mark’ kepada Pusat Khidmat di negeri lain. Memandangkan perancangannya tidak dimasukkan di dalam RM ke-9, maka usaha telah dilakukan untuk mendapatkan peruntukkan kewangan bagi pembinaan 3PK di Jabatan. Pada 2006 dengan kerjasama pihak YayasanTenaga Nasional (YTN), peruntukkan sebanyak RM250,000.00 telah diperolehi dan seterusnya pembinaan 3PK di Jabatan siap dibina dan bakal dirasmikan oleh Yg.Bhg Menteri Pelajaran Malaysia pada 4 Oktober 2007. Di samping memberi khidmat kepada warga kementerian seterusnya kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Seremban, 3PK JPKhas akan dijadikan 3PK induk.
2.0 OBJEKTIF 3PK
a) Menawarkan perkhidmatan pakar (Audiologis,Patologis Pertuturan Bahasa, Psikologis, Jurupulih Anggota, Jurupulih Carakerja, Peripatetik, Orientasi Mobiliti dan Low Vision) secara percuma kepada semua kategori murid-muridberkeperluan khas.
b) Menyediakan khidmat pembuatan acuan telinga secara percuma.c) Menyediakan khidmat baik pulih Alat Bantu Pendengaran dan ‘brailler’ kepada murid-murid dengan keperluan khas. d) Menjalankan Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak di bawah umur persekolahan.e) Menawarkan khidmat bantu dan nasihat berkenaan pendidikan khas, kebajikan sosial, serta prospek pendidikan dan kerjaya individu berkeperluan khas.f) Menawarkan latihan khusus kepada paraibu bapa, guru pendidikan khas, serta orang ramai yang berminat.g) Menyediakan bahan-bahan maklumat berkaitan pendidikan khas untuk disebarkan kepada masyarakat.
3.0 SASARAN 3PK
a) Murid dengan keperluan khas dalam semua kategorib) Calon murid program pendidikan khas yang berada di bawah umur persekolahanc) Ibu bapa dan penjaga murid berkeperluan khasd) Guru-guru PendidikanKhase) Masyarakat setempat
Alamat :Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan KhasKementerian Pelajaran MalaysiaAras 1, Blok E2,Pusat Pentadbiran Kerajaan Putrajaya62404 Putrajaya

No comments:

Post a Comment